SEORANG wanita warga emas ditemui mati dalam rumahnya di Ampang petang semalam.
Mayat mangsa berusia 85 tahun ditemui anaknya di Flat PKNS, Jalan Tasik Tambahan 2, lebih menyayat hati mangsa berada dalam keadaan tangan terikat dan bahagian kepala ditutup dengan kain.
![]() |
Pasukan forensik di tempat kejadian |
Susulan itu sepasukan anggota telah digegaskan ke tempat kejadian bagi menyiasat kes tersebut.
"Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati mangsa dipercayai telah dibunuh di dalam biliknya.
"Bagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.
Susulan itu jelasnya, kes disiasat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pihak polis juga menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian agar segera memaklumkan kepada pihak polis atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan A Wiswanathan di talian 012-3198918.
Sementara itu mayat mangsa dilaporkan dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat diadakan untuk mengetahui punca kematian.
0 Comments