Mat Sabu titis air mata, MB anggap Zahir Hero


SEJAK semalam beberapa gambar Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mencuit perasaan warganet.

Gambar itu yang dirakamkan Nooreeza Hashim ketika Mohamad Sabu menanti jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya di Masjid Wardieburn di Setapak.

Berbanding sikap lucunya seperti diketahui umum sebelum ini, Satu gambar dikongsikan menunjukkan Mohamad Sabu cuba menahan kesedihannya.

Mat Sabu sedih | Sumber - MalaysiaGazette
Beliau sebelum itu mengambil peluang bertemu keluarga termasuk AR Badul dan anak-anak Allahyarham Mohd Zahir.

"Semoga anak-anak ini tabah menghadapi dugaan dan hakikat ini.

"Kita semua juga turut merasai kehilangan Allahyarham. Beliau adalah pejuang," tulis Mat Sabu.

Mohd Zahir, pegawai kanan komando terkorban ketika membuat aksi gimik dalam satu demonstrasi sempena penubuhan 5 Divisyen di Kem Lok Kawi. Jenazahnya selamat disemadikan dengan istiadat ketenteraan pagi semalam.

BACA:
Mejar Mohd Zahir komando terbaik antara terbaik
BACA: Mohd Zahir seolah-olah sudah tahu nak pergi!


Sementara itu, Menteri Besar Perak, menzahirkan rasa sedih dengan insiden tersebut.

Beliau yang sempat menyambut ketibaan jenazah semalam berkata, secara peribadi menganggap allahyarham sebagai seorang hero yang berani.

"Saya sendiri secara peribadi menganggap beliau sebagai hero dan wira pada diri saya dan semangat yang telah ditunjukkan oleh allahyarham sentiasa saya kenang," katanya di rumah keluarga allahyarham di Taman Perpaduan Ulu Kinta.

Post a Comment

0 Comments