Lelaki maut rempuh lori tentera



SEORANG
lelaki maut selepas bertembung dengan sebuah lori tangki air tentera di Kilometer 5 Jalan Bemban-Tehel dekat Jasin, malam tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Musalli Mohd Din, 28  meninggal ditempat kejadian susulan kemalangan itu.

Mangsa yang bekerja sebagai pembantu perubatan di Hospital Melaka dilapor terbabas sebelum merempuh lori tersebut.

“Tiba di tempat kejadian, penunggang motosikal terbabit terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar lori tentera dari arah bertentangan.

“Akibatnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan manakala pemandu lori tentera berusia 30 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya  Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu dipetik.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 difahamkan dalam perjalanan dari Bemban ke Tehel menuju ke tempat kerjanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a Comment

0 Comments