Hilang sabar, lelaki didakwa bunuh penyelia


SIKAP
tidak boleh sabar sering mengundang masalah yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki tempatan dan dua warga asing apabila mereka kini disiata mengikut seksyen 312 Kanun Keseksaan atas dakwaan melakukan pembunuhan. 
Terdahulu pada Ahad, salah seorang yang ditahan bertindak aggresif terhadap penyelianya.

Mangsa dibunuh gara-gara gaji
Suspek dikenali sebagai Don, pengawal keselamatan dikatakan memukul penyelianya yang berusia 54 tahun berkali-kali dengan topi keledar hanya kerana belum menerima gaji.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan 3.18 petang berhubung kejadian dan sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba pihaknya menemui mayat lelaki berusia 54 tahun dalam keadaan terbaring dengan lengkap berpakaian di tandas pengawal keselamatan di Jalan13/2 Petaling Jaya.

“Ada kesan darah dan muntah pada mayat mangsa. Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa dipukul berkali-kali dengan topi keledar oleh lelaki dikenali sebagai Don.

“Susulan itu, kita kemudiannya menahan tiga lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat terbabit untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Post a Comment

0 Comments