Cadangan kerja hingga lanjut usia hanya tambah masalah


CADANGAN pelanjutan had umur persaraan kepada 65 tahun seperti dicadangkan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hanya akan meningkatkan kadar pengangguran golongan muda di negara ini.

Datuk Samsuddin Bardan, Presiden Persekutuan Majikan Majikan Malaysia (MEF) berkata, Di sektor swasta, kira-kira 200,000 pekerja bersara setiap tahun.

Samsuddin Bardan bimbang cadangan tambah masalah
Langkah melanjutkan had umur persaraan jelasnya hanya akan menyebabkan kira-kira satu juta peluang pekerjaan yang sepatutnya dikosongkan oleh mereka yang bersara pada umur 55 tahun telah luput.

Terdahulu, Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata meningkatkan had umur perlu dipertimbangkan kerana golongan pekerja di negara ini tidak memiliki simpanan mencukupi untuk menampung usia persaraan panjang.

Cadangan itu katanya dibuat dengan mengambil kira purata jangka hayat rakyat negara ini yang dijangka meningkat kepada 80 tahun.

Bagaimanapun tegas Samsuddin, langkah melanjutkan had umur persaraan telah dilaksanakan kerajaan terdahulu pada Julai 2013 dan hasilnya menyebabkan kadar pengangguran di negara ini meningkat.

"Bermula Julai 2013 hingga Jun 2018 ramai di kalangan pemuda tidak dapat pekerjaan sesuai dan kadar pengangguran adalah lebih tiga kali ganda.

"Jika umur bersara ditingkatkan kepada 65 tahun perkara sama akan berulang dan kadar pengangguran di kalangan pemuda akan menjadi lebih tinggi," katanya dipetik laporan Sinar.

Dalam perkembangan terbahru, Kerajaan dilapor sedang meneliti cadangan tersebut yang telah di negara ini seperti yang dilakukan beberapa negara maju termasuk Singapura.

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata peningkatan had umur bersara itu dilihat mampu memberi kebaikan kepada negara pada masa hadapan.

Post a Comment

0 Comments