SEMANGAT cintakan negara menjadi pendorong seorang autisme menghabiskan renangan sejauh 10 kilometer merentasi Selat Dinding.
Nur Dhia Izz Ashfadina Muhammad Asrie, 10,yang dikenali sebagai Dhia berjaya menamatkan renangan yang bermula daripada Jeti Pangkor dan berakhir di Jeti Weldzone di Lumut dalam tempoh 3 jam 40.49 saat.
Dhia ketika ditemui berkata, beliau berasa teruja untuk menghabiskan renangan berkenaan biarpun terpaksa menghadapi rintangan ombak dan cuaca panas.
“Saya tidak takut malah berasa seronok kerana dapat berenang sejauh itu bersama-sama rakan-rakan yang lain pada Hari Kebangsaan, cuma penat sedikit sebab jauh.
Peserta sedang merenangi Selat Dinding |
Acara Renang Kemerdekaan Merentasi Selat Dinding semalam anjuran Pangkalan TLDM Lumut serta mendapat kerjasama daripada Akademi Renang Nayli Saffiya, Kelab Renang Wan, Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Pusat Latihan Weldzone, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) dan beberapa syarikat swasta.
Ia disertai sembilan lagi perenang cilik berumur antara sembilan dan 18 tahun serta 47 pegawai serta anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengiringi peserta.
Acara tersebut turut disertai Nayli Wafiy Abd Razak, seorang penghidap disleksia.
“Saya suka berenang dan telah berenang sejak enam tahun. Cuma untuk kali ini, saya takut terkena obor-obor sebab ini pertama kali saya berenang sejauh 10 kilometer", katanya yang berlatih dua minggu sekali di kolam renang TLDM Lumut sejak tiga bulan lalu.
0 Comments