Plastik pun boleh, asal tutup aurat


SEORANG wanita terpaksa menggunakan kreativitinya menjadikan plastik sebagai tudung.

Baru-baru ini, tular gambar individu tersebut yag dikenali sebagai Nur Fariza Mohd di media sosial.

Menceritakan kisah berlaku pada 28 Ogos lalu, Nur Fariza berkata, dia yang merupakan seorang menjual minyak enjin secara atas talian perlu menghantar barangan berkenaan kepada seorang pelanggan di Puchong.

Gambar Nur Fariza yang tular
Beliau yang terpaksa singgah terlebih dahulu di rumahnya untuk mengambil barangan berkenaan bagaimanapun terpaksa menukar tudung kerana basah.

“Ketika itu hujan lebat. Ketika keluar kereta, tudung saya basah kuyup.

"Tiba di rumah, saya tarik satu tudung lain namun tercicir ketika mahu memasukkan dalam beg,” katanya dipetik Harian Metro.

Kerana berada dalam keadaan tergesa-gesa susulan bimbang pelanggannya menunggu terlalu lama, Nur Fariza tidak memeriksa beg dibawanya.

Ketika tiba dilokasi, beliau baru tersedar tudung yang dicapainya ketika di rumah tidak berada dalam beg berkenaan.

"Segan untuk berjumpa dengan pelanggan. Saya mendapat idea sebaik melihat plastik besar yang sentiasa berada dalam kereta dan mula mengoyak plastik berkenaan untuk dijadikan tudung," tambah wanita berusia 28 tahun itu lagi.

Menurutnya, dia kemudian mengirim gambar 'tudung' berkenaan kepada rakannya yang kemudiannya memuat naik gambar itu ke Twitter.

Dia yang terkejut gambar itu menjadi tular bagaimana pun lega dengan komen psitif disampaikan warganet.

Fariza turut berharap ia mampu jadi pengajaran dan idea kepada semua terutama ketika berada dalam keadaan darurat.

"Mujurlah ada plastik untuk saya tutup kepala, asalkan menutup aurat.” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments