Pemandu F2 maut kemalangan di Gran Prix Belgium


PEMANDU Formula Dua  (F2) Anthoine Hubert meninggal dunia susulan kemalangan pada kelajuan tinggi pada perlumbaan Grand Prix Belgium awal pagi tadi.

Menurut badan induk sukan permotoran dunia FIA, pemandu Perancis itu dilanggar oleh pemandu Ecuador-Amerika, Juan Manuel Correa selepas dia terbabas ke tepi litar di selekoh pantas Raidillon di litar Spa-Francorchamps.

Marshall mengalihkan kenderaan terbabit kemalangan
FIA dalam satu kenyataan menegaskan Hubert, 22, meninggal dunia pada jam 6.35 petang waktu tempatan dan mereka sudah memulakan siasatan terhadap insiden itu.

Kemalangan itu, yang membabitkan beberapa kereta, sebelumnya ditangguhkan namun kemudian penganjur membuat keputusan membatalkan perlumbaan yang sepatutnya berlangsung sebelum perlumbaan Formula F1 GP Belgium.

Hubert layak beraksi pada F2 musim ini selepas menjuarai GP3 tahun lalu.

Memandu untuk pasukan Arden, dia sebelum ini memenangi dua perlumbaan di Monaco dan di GP Perancis serta berada di tangga kelapan kedudukan keseluruhan.

Kematian Hubert adalah kecelakaan pertama pemandu pada hujung minggu perlumbaan F1 sejak Ayrton Senna dan Roland Ratzenberger di Imola pada 1994.

Semenatara itu, Correa, yang turut cedera dalam kemalangan itu dilapor berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di hospital CHU Liege, menurut FIA.
 

Post a Comment

0 Comments