DUA kanak-kanak hilang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama empat rakanya di muara Sungai Sepang, Bagan Lalang, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, dua beradik, Siti Nuralya Mohd Zainal, 11, dan abangnya, Muhammad Hafiz, 14, hilang dihanyutkan arus.
Seorang saksi, Muhd Imran Rusly, 19, yang berada di kawasan kejadian berkata, dia pada awalnya melihat kumpulan remaja dan kanak-kanak itu mandi di muara sungai berkenaan.
Kemudian terdengar jeritan meminta tolong dari kanak-kanak terbabit kerana paras air ketika itu semakin tinggi, mereka tidak sempat untuk naik ke tebing menyelamatkan diri.
“Tanpa berfikir panjang, saya terjun ke sungai untuk menyelamatkan mereka. Sejurus itu, saya dapati tiga kanak-kanak berpaut pada sebuah pelampung, seorang di belakang saya dan dua lagi berpaut pada badan.
“Disebabkan air semakin naik dan arus kuat, pernafasan saya juga tidak stabil menyebabkan kedua-dua mangsa yang berpaut terlepas dan dihanyutkan air deras," katanya terkilan.
BACA: Berdepan detik hiba, penyelam jumpa mayat sepupu sendiri
Muhd Imran sebelumnya menghadiri majlis kenduri kahwin di taman perumahan berdekatan pantai peranginan itu sebelum tergerak hati untuk bersiar-siar di kawasan pantai.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.37 petang.
"Seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sepang bergegas ke lokasi dengan sebuah jentera. Difahamkan, enam kanak-kanak yang sedang mandi di sungai tersebut dibawa arus deras akibat air pasang.
"Dua dipercayai lemas dibawa arus. Gerakan mencari dan menyelamat masih dilakukan oleh pihak bomba di lokasi,” katanya dipetik laporan media.
Operasi SAR kedua-dua mangsa membabitkan anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan disambung jam 7 pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, dua beradik, Siti Nuralya Mohd Zainal, 11, dan abangnya, Muhammad Hafiz, 14, hilang dihanyutkan arus.
Seorang saksi, Muhd Imran Rusly, 19, yang berada di kawasan kejadian berkata, dia pada awalnya melihat kumpulan remaja dan kanak-kanak itu mandi di muara sungai berkenaan.
Kemudian terdengar jeritan meminta tolong dari kanak-kanak terbabit kerana paras air ketika itu semakin tinggi, mereka tidak sempat untuk naik ke tebing menyelamatkan diri.
Usaha mencari diteruskan pagi ini |

0 Comments