KUMPULAN JBORN membuktikan semangat tidak putus asa akhirnya membuahkan hasil.
Mereka dinobatkan sebagai juara musim pertama Muzikal Lawak Superstar (MLS) pada Jumaat lalu.
Kumpulan dianggotai Joey, Vicha dan Khir Rahman itu sering dikritik kerana persembahan kurang menyengat di awal musim telah menunjukkan peningkatan cukup membanggakan.
Joey dinobatkan sebagai star |
“Sesungguhnya memang mencabar masuk muzikal ini. Tak sangka bertahan sehingga ke peringkat separuh akhir.
“Alhamdulillah, pengalaman balik rumah lepas program nampak famili saya ulang siaran tengok saya dalam program ini,” kata Khir.
Sementara itu, Vicha pula melahirkan rasa bangga kerana berpeluang berkolaboratif dengan Joey dan Khir yag disifatkannya sebagau dua nama hebat dalam industri seni tanah air.
“Ini pertama kali terlibat dengan pelakon Joey dan Khir. Mula-mula takut, sebab Khir pula pelakon senior tetapi ternyata dalam JBORN ini Khir dan Joey banyak ajar saya pengalaman baharu,” luah Vicha.
UNI dinobat naib juara |
“Ini satu rahmat sebab saya memberanikan diri lamar Khir dan berjuang bersama dalam muzikal ini.Kami banyak buat eksperimentasi dalam bidang hiburan ini,” kata Joey dipetik.
Sementara itu, kumpulan UNI (Fakhrul UNIC, Fad Bocey, Atu Zero) diumumkan sebagai naik juara, mereka memenangi hadiah wang tunai RM75,000 dan sebuah trofi.
NEWBOH diempat ketiga |
Kesemua finalis telah diadili menerusi talian undian daripada penonton dan juga juri profesional yang terdiri daripada Datuk Awie, Nora Danish dan Altimet.
0 Comments