Ferrari terpantas kelayakan GP Belgium


FERRARI  akhirnya kembali tampil menguasai petak pertama bagi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Belgium hari ini.

Pelumba mereka, Charles Leclerc mencatatkan masa terpantas minit 42.519 saat sepusingan dalam sesi kelayakan. Ia sekaligus menamatkan kemarau panjangan pasukan itu dalam mengejar kedudukan paling depan untuk memulakan perlumbaan.

“Saya rasa sangat bagus. Kami agak bergelut dengan kelajuan dalam perlumbaan sebenar dan masih perlu memberi tumpuan kepada aspek tersebut. Apa pun, saya yakin kami semakin kuat,” kata Leclerc.

Leclers bakal bermula di petak pertama
Kali terakhir Ferrari berjaya bermula di posisi itu adalah pada persaingan di Bahrain pada Mac. Persembahan mereka selepas itu dilihat sedikit hambar.

Pasukan yang sebelum ini sering mendominasi perlumbaan itu masih belum memenangi sebarang perlumbaan dalam kalendar 2019

Sementara itu,  juara dunia empat kali, Sebastian Vettel mengekori di tangga kedua, dia hanya ketinggalan 0.748 saat dibelang Leclerc.

Penyandang juara dunia dan pendahulu kejuaraan, Lewis Hamilton pula bakal memulakan perlumbaan di petak ketiga manakala rakan sepasukannya, Valtteri Bottas di petak keempat diikuti Max Verstappen dan Daniel Ricciardo dari Renault.

Post a Comment

0 Comments