Demi adik, kakak tak selera jamu KFC


KADANG kala, seorang kanak-kanak mampu mengajar orang dewasa erti sebenar kehidupan.

Itulah dilalui seorang pemuda, Muhammad Khadir Abd Jalil, 23 apabila berhadapan reaksi kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Putri Nurshafika Hailmiansah ketika dijamu ayam goreng KFC.

Memetik laporan harian metro, Muhammad Khadir, 23, sebelumnya dia diminta rakannya untuk menghantar pulang Putri sepanjang peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berlangsung. Bagaimanapun baru-baru ini dia membawa Puteri singgah ke sebuah restoran makanan segera sebelum menghantarnya pulang.

“SEBELUM pulang, saya singgah di KFC untuk belanjanya makan tetapi dia kelihatan seperti tidak selera selepas hidangan disediakan.

"Apabila ditanya diberitahu dirinya terkenang pada adiknya di rumah yang belum tentu sudah makan,” kata Muhammad Khadir.

Gambar dikongsikan Muhammad Khaidir |Sumber -Metro
Menurutnya, jawapan Puteri itu menyebabkannya terus memakai cermin mata hitam kerana mahu menyembunyikan air matanya.

Bagaimanapun tambah Muhammad Khaidir, dia kemudian memberitahu Puteri bahawa dia telah membungkus ayam goreng yang lain buat tiga adiknya.

Namun, jelasnya Puteri hanya makan seketul daripada dua ayam goreng yang dibelinya itu.

"Dia kata nak simpan sebab jarang makan sedap-sedap,” katanya dipetik.

Terdahulu, status yang dimuat naik Muhammad Khadir mengenai kisah Putri tular di media sosial.

Kehidupan Putri dan adik-adiknya itu hanya mengharapkan gaji neneknya yang bekerja di sebuah masjid berdekatan.

“Kehidupan mereka memang daif dan tinggal di sebuah bilik yang sudah hampir roboh.

“Saya difahamkan oleh Putri yang ayahnya sudah lama tinggalkan dia dan adik-adik. Ibunya pula menghilang tanpa berita selepas ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja,” katanya lagi.

Difahamkan, sepanjang peperiksaan UPSR berjalan, Puteri akan dibawa ke sekolah oleh gurunya, manakala Muhammad Khadir pula ditugaskan untuk menghantarnya pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Tentera ke rumahnya yang terletak berdekatan Masjid Pangeran Galpam.

Post a Comment

0 Comments