TELATAH seorang lelaki yang sanggup berdiri selama enam jam di dalam sebuah pesawat penerbangan jarak jauh baru-baru ini mencuri perhatian.
Media antarabangsa, thesun.uk yang memetik seorang wanita mendakwa, lelaki itu berdiri bagi membiarkan isterinya dapat tidur lena di tempat duduk mereka.
Wanita itu, Courtney Lee Johnson yang menyiarkan gambar itu melalui laman Twitternya menyifatkan apa yang dilakukan lelaki itu sebagai lambang cinta.
Gambar dikongsikan di media sosial |
“Lelaki ini terus berdiri selama enam jam supaya isterinya dapat tidur. Nah, inilah cinta,” katanya menerusi Twitter tanpa memberi butiran penerbangan tersebut.
Bagaimanapun pandangan Courtney itu membangkitkan kritikan dikalangan warganet. sesetengah warganet menuduh wanita tersebut sebagai ‘pentingkan diri sendiri’.
“Jika inilah cinta, saya lebih rela sendiri,” kata seorang netizen.
“Bagaimanakah ini dikatakan cinta? Anda sanggup membiarkan pasangan anda tertekan. Tidak bolehkah anda sandarkan kepala di ribanya?” kata komen kedua.
Walaupun tidak mengetahui punca sebenar disebalik tindakan lelaki itu, sebilangan pengguna media sosial lain membuat tanggapan sendiri dengan menuduh lelaki itu tergolong dalam kalangan suami yang takut pada isteri.
Mereka juga mendesak agar butiran penerbangan itu didedahkan kerana enggan percaya bahawa kru kabin akan membenarkan penumpang berdiri dalam tempoh yang begitu semasa menaiki pesawat.
0 Comments