Beregu M'sia juara Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan


PASANGAN
beregu profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan semalam.


Mereka mengalahkan Choi Solgyu-Seo Seung Jae dari Korea Selatan untuk merangkul gelaran kedua musim ini.

Pemenang pingat Perak Sukan Olimpik Rio 2016 yang menjuarai Masters Thailand di Bangkok Januari lalu itu bagaimana pun terpaksa berdepan saingan sengit sehingga set penentuan

Menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF)www.bwfworldtour.bwfbadminton.com. melaporkan, saingan sengit di Taipei Arena di Taiwan itu berlangsung selama 62 minit dengan keputusan 21-19, 15-21, 23-21 dalam final.
 
Kemenangan Goh-Tan, pasangan pilihan keempat kejohanan itu, mengakhiri kemarau gelaran tujuh tahun Malaysia dalam acara regu lelaki di Terbuka Taiwan.

Kali terakhir beregu Malaysia memenangi acara itu adalah melalui  Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari.

Terbuka Taiwan merupakan Kejohanan BWF Super 300 yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$500,000 (RM2.08 juta)

Post a Comment

0 Comments