SETELAH menunggu setia di tepi jalan selama empat tahun, seekor anjing akhirnya bertemu semula tuannya.
Kisah anjing diberi nama Leo itu dikongsikan seorang warganet di Thailand dan disiarkan oleh China Press baru-baru ini.
Memetik laporan itu, Leo pertama kali dilihat oleh seorang pejalan kaki. Ia dilaporkan sesat tanpa makanan atau air selama beberapa hari.
![]() |
Leo setia menunggu di tepi jalan |
Bagaimanapun, Leo kembali ke lokasi yang sama dia ditemui dan tidak mahu tinggal di rumah pejalan kaki berkenaan.
Menyedari haiwan itu seolah-olah menanti seseorang, dia mengambil keputusan untuk tetap memberikan makanan kepadanya selama empat tahun.
Susulan kisah itu menjadi tular di Thailand, seorang individu tampil bertanyakan mengenai haiwan itu yang seakan-akan anjing sepupunya, BonBon, yang telah hilang selama empat tahun.
Individu itu kemudiannya pergi ke jalan tersebut untuk mengesahkan sama ada ia adalah anjing yang sama dan ternyata sememangnya anjing milik sepupunya.
![]() |
Teruja dapat bertemu semula tuan asal |
Sementara itu, tuannya turut menjelaskan bahawa anjing tersebut hilang ketika dia berhenti di persimpangan dan dia menganggap bahawa anjingnya itu telah bertemu dengan pemilik yang baharu.
Bagaimanapun menurut laporan itu, Leo kini tidak pulang ke rumah tuannya. Dia mengambil keputusan untuk terus bersama dengan pejalan kaki yang memberinya makan selama empat tahun ketika ia sesat.
0 Comments