PERSEMBAHAN mini sulung
Ayda Jebat yang diadakan di dalam pesawat hari ini diiktiraf sebagai
Persembahan Muzik Secara Langsung Di Latitude Tertinggi oleh Malaysia
Book Of Records.
Penyanyi Bagai Pelangi itu membuat
persembahan tersebut sewaktu berada dalam pesawat AK5106 yang berlepas
dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah pada ketinggian 38,000 kaki
dari paras laut.

Menurut Ayda atau Nur Suhada Jebat,
beliau merasa terharu diberi peluang menjadi sebahagian daripada misi
mencipta rekod tersebut.
Malah menghargai penumpang pesawat yang turut memeriahkan persembahannya.
“Penumpang pesawat turut sudi menyanyi bersama.
“Syukur semuanya berjalan dengan lancar.
Saya berasa gembira kerana mendapat pengalaman baru yang tidak pernah
difikirkan sebelum ini,” tambah penyanyi berusia 27 tahun itu.
Persembahan Ayda disaksikan Pengerusi
Pelancongan Malaysia, Ahmad Shah Tambakau dan Ketua Pegawai Eksekutif
Malaysia Book Of Records, Michael Tio.
Ia merupakan sebahagian daripada aktiviti
sempena Minggu Muzik Malaysia 2019 yang dianjurkan menjelang Tahun
Melawat Malaysia 2020 dan mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya
0 Comments