Pertemuan pemimpin BERSATU tiada agenda tersurat


PERTEMUAN tertutup Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad bersama kepimpinan tertinggi BERSATU di Putrajaya baru-baru ini tiada agenda tersurat.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya berkata, ia sekadar pertemuan biasa dalam suasana santai yang turut membincangkan pendirian parti berkenaan isu-isu semasa.

“Perjumpaan semalam adalah rutin, perjumpaan dua bulan sekali. Kita bincang agenda perkasa parti dan kukuhkan kerajaan,” kata Timbalan Menteri Luar itu dipetik laporan bernama pada Rabu.

Terdahulu, Dr Mahathir mengadakan pertemuan bersama Senator, Menteri Besar dan Menteri Persekutuan dari parti itu di Putrajaya pada Selasa.

Perkara itu didedahkan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melalui laman mikro twitternya.

Sementara itu tambah Marzuki, Perdana Menteri menyampaikan amanat kepada pemimpin parti itu agar terus memberikan keutamaan dan fokus kepada isu rakyat.

Post a Comment

0 Comments