Aidiladha: Laluan Kota Bharu – Kuala Krai dibuka sementara


JABATAN Kerja Raya Malaysia bakal membuka sementara laluan lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai pakej 2A sempena perayaan Aidiladha.

Pengurus Besar Kanan Pembinaan Unit Projek Khas ECER, Ir Adina Mamat berkata, laluan dari Kadok ke Ketereh berkenaan akan dibuka bermula jam 3 petang esok sehingga 10 pagi 15 Ogos ini.

Tambahnya, keputusan membuka sementara laluan itu adalah bagi memberi kemudahan dan keselesaan pengguna jalan sempena musim perayaan.

Bagaimanapun penutupan semula laluan itu pada hari Khamis ini bagi urusan selanjutnya.

“Ia akan membolehkan pembukaan secara kekal dapat dilakukan mengikut waktu yang ditetapkan.

“Pihak kami berharap pengguna dapat mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Post a Comment

0 Comments