Taiwan diserang gempa ketika tunggu taufan


TAIWAN digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud ketika mereka sedang bersiap sedia untuk menghadapi Taufan Lekima hari ini.

Media antarabangsa AFP dalam laporannya berkata, gempa bumi itu berlaku pada jam 5.28 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer di timur laut daerah Yilan.


Kejadian itu turut menyebabkan bangunan tinggi di Taipei bergoyang, hingga mengejutkan ramai penduduk yang sedang tidur.


Insiden gempa bumi itu menyebabkan bekalan elektrik ke lebih 10,000 bangunan terputus, manakala seorang wanita maut akibat ditimpa almari.


Sementara itu, Taufan Lekima yang melanda Taiwan lewat petang ini dijangka meningkatkan risiko berlakunya tanah runtuh dan ombak besar.


Biro kaji cuaca Taiwan mengketegorikan ia sebagai taufan paling kuat yang akan melanda kawasan pantai timur laut pulau itu.


“Taufan Lekima dijangka membawa angin pada kelajuan 227 kilometer setiap jam ketika ia menghampiri Taiwan,” kata seorang pegawai kaji cuaca.


Perdana Menteri Taiwan, Su Tseng-chang pada mesyuarat yang diadakan di pusat kecemasan kebangsaan berkata, “Gempa bumi melanda ketika kami sedang membuat persiapan bagi menghadapi taufan dan ia amat jarang berlaku.

Post a Comment

0 Comments