Bekas Presiden Kyrgyzstan, Almazbek Atambayev diberkas dalam serbuan pihak berkuasa di kediamannya pada Rabu.
Portal berita antarabangsa melaporkan, dalam serbuan tersebut seorang anggota keselamatan terbunuh manakala lebih 80 individu tercedera.
Pihak berkuasa di negara bekas Soviet itu sebelum ini telah beberapa kali cuba untuk memberkas Atambayev.
Bekas pemimpin yang berkhidmat dari 2011 hingga 2017 berdepan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa ketika era pemerintahannya.
Keadaan ketika serbuan | Sumber -Globe and mail |
Atambayev menyerah diri dalam serbuan itu dan kini dilapor ditahan di ibu pejabat Perkhidmatan Keselamatan Negara (GKNB).
0 Comments