Barang kene letup gara-gara silap tulis



BERANG kerana barang kiriman kepada pelanggan selalu rosak memaksa seorang penjual alat ganti menggunakan taktik baharu.

Malangnya taktik itu bukan sahaja tidak menjadi. Malah kiriman berupa alat ganti motosikal yang mahu dihantar itu dilapor diletupkan pihak polis.

Semuanya bermula apabila Pengirim dikenali sebagai Fahri Amaruddin menulis ayat “Jangan campak, ada bom di dalam” pada kotak kiriman itu.

Tindakan itu katanya dibuat kerana sebelum ini terpaksa membayar ganti rugi apabila alat gantian yang dihantar pecah.

“Kita tulis itu biar dia (barang) tidak pecah sebab apabila masuk sini (Sarawak) barang sudah pecah.” kata Fahri dipetik laporan Awani.

Bungkusan kiriman Fahri | Sumber-Awani
Terdahulu, kiriman itu mencetuskan suasana panik di kargo Lapangan Terbang Miri, malam semalam.
Susulan penemuan itu, Unit Bom, Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Miri dikerah membuat pemeriksaan dan dilapor diletupkan atas faktor keselamatan.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah sementara itu memberi amaran agar orang awam tidak menulis perkataan berunsur ugutan semasa menghantar apa-apa bungkusan kerana boleh dianggap satu kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Fahri sementara itu mengakui tindakannya itu satu kesilapan dan akan menjadikanya satu pengajaran.

Mungkin beliau perlu mencari ayat lain yang lebih sesuai selepas ini

Post a Comment

0 Comments