Ribut: Kerajaan Kedah hulur bantuan



PADA Jumaat lalu, negara dikejutkan dengan insiden ribut kuat. Dalam kejadian di utara Semenanjung itu, seorang dilapor terkorban, beberapa yang lain mengalami kecederaan.

Di Kedah, selain laporan pokok tumbang, sejumlah 560 buah rumah telah mengalami pelbagai kerosakan termasuk bumbung tercabut.

Halimaton Saadian Saad | Sumber - Sinar
Simpati dengan nasib penduduk, Kerajaan Negeri bakal memperuntukkan sekitar RM5 juta bagi membantu kesemua mangsa terlibat, namun mungkin ditambah, memandangkan pihaknya masih belum menerima laporan terperinci daripada pihak berkuasa, berkenaan jumlah sebenar kerugian yang dialami penduduk. 

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kedah, Halimaton Saadiah Saad seperti dilapor sebuah portal.

“Kalau kata nak ikut di Kubang Pasu ini saya kita dah ada setiap rumah kalau macam kita tengok mesti melibatkan RM20,000 ke RM30,000 sebuah, kalau seluruh negeri Kedah, bermakna RM5 juta diperlukan.

“Itu pun tidak tahu lagi sebab laporan tidak tepat, saya kira berdasarkan laporan polis baru kita dapat kenal pasti kerosakan itu, tetapi memang jutaan ringgit yang diperuntukkan kerajaan negeri untuk bantu mangsa ribut,” jelasnya.

Halimaton sebelumnya menyampaikan sumbangan di Kampung Kepala Kerbau, Changlun.

BACA: Ribut Langkawi ambil satu nyawa

Sementara itu tambahnya, mangsa yang terjejas teruk juga akan diberikan bantuan kewangan melalui Tabung Bantuan Segera sebanyak RM300 (maksimum).

“Pihak kerajaan negeri ketika ini turut mengharapkan keprihatinan kerajaan pusat untuk menyalurkan bantuan kewangan,” tambahnya.

Kejadian ribut melanda beberapa negeri di utara tanah air pada Jumaat berpunca daripada ekor Taufan Lekima yang membadai timur negara China.

Seorang wanita, Marziah Che Omar, 27, maut selepas dilanggar kereta selepas terjatuh daripada motosikal akibat terkena zink ketika ribut tersebut melanda.

Post a Comment

0 Comments