22 mati tertimbus di Myanmar



KEJADIAN
tanah runtuh akibat hujan monson di Myanmar membunuh 22 orang dan mencederakan 47 yang lain.

Dalam kejadian pada Jumaat itu runtuhan tanah dan lumpur dari kawasan berbukit memusnahkan 16 kediaman dan rumah ibadat di kampung Ye Pyar Kone di bahagian timur negara itu.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan operasi sepanjang malam untuk mencari mangsa yang selamat dan mayat tertimbus dalam runtuhan itu.
 
Keadaan perkampungan Ye Pyar Kone | Sumber – thenational
Pentadbir tempatan, Myo Min Tun berkata, pihak berkuasa percaya sekurang-kurangnya 100 lagi mangsa masih hilang.

Sementara itu, pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, 89,000 penduduk dipindahkan akibat banjir sejak beberapa minggu lalu, namun ramai sudah kembali ke rumah masing-masing.

Vietnam berdepan banjir besar minggu ini dengan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh di tengah negara itu.


Post a Comment

0 Comments