Putih mata, kereta klasik rentung



SEORANG warga emas berputih mata apabila kereta mewah jenis Mitsuoka Le-Seyde dipandunya rentung selepas terbabas di Jalan Pajam – Nilai siang tadi.

Insiden itu dilapor berlaku setelah kereta itu dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terbabas ke dalam longkang dan terbakar.
 
Keadaan kereta tersebut | Sumber – Google
Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Khairullizal Abu Kasim berkata mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.11 pagi.

“Kami tiba di lokasi kemalangan sembilan minit kemudian. Kami mendapati kereta itu sedang terbakar.

‘Bomba menggunakan tangki pam jentera bomba serta salur bantu mula bagi memadamkan kebakaran tersebut dan operasi tamat pada pukul 11.54 pagi.

“Kereta itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 64 tahun berseorangan. Pemandu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai rekod, kenderaan jenis ini adalah keluaran terhad, versi asalnya yang menggunakan platform Nissan Silvia S13 hanya dihasilkan sebanyak 500 unit.

Ia dibangunkan Mitsuoka Motors, sebuah syarikat berpengkalan di Jepun yang menghasilkan kenderaan dengan reka bentuk mirip kenderaan retro tahun 1950-an.

Harga pasaran bagi model Le-Seyde ini dikatakan mampu mencecah RM200 ribu.


Post a Comment

0 Comments