K’jaan kaji cara atasi kesesakan musim raya



SETIAP kali musim perayaan, kita sering mendengar rungutan oleh pengguna jalan raya. Masalah kesesakan jalan raya merupakan isu yang paling kerap diperkatakan.

Baru-baru ini, ada segelintir warganet mendakwa kesesakan dialami mereka tahun ini sangat luar biasa, ada sebilangan mereka mempersoalkan mengapa ada kenderaan membawa muatan berat masih dibenarkan berada di atas lebuhraya ketika orang ramai mahu sedang bersesak pulang ke kampung. 
 
Rungutan warganet di laman sosial
Berharap isu tersebut dapat diselesaikan, mereka berharap kerajaan akan melakukan sesuatu.

Ternyata rungutan mereka telah diambil perhatian oleh Kerajaan Persekutuan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata pihaknya kini bercadang untuk mempertimbang semula dasar bagi melarang kenderaan berat menggunakan jalan raya pada musim perayaan agar pengguna lebuhraya dapat menggunakan kemudahan itu dengan lebih sempurna.

“Hari Raya kali ini bersama cuti sekolah maka timbul kesesakan di luar dugaan, mungkin di mana hari perayaan bertembung dengan cuti sekolah maka larangan (menggunakan jalan raya) kepada kenderaan besar perlu dipertimbangkan pada masa akan datang,” kata Kamarudin dipetik laporan media tempatan.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu sebelumnya mengulas isu kesesakan teruk aliran trafik di beberapa lebuh raya.

Sebagai rekod, sebelum ini penguatkuasaan larangan bagi kenderaan berat hanya dikuatkuasakan ketika Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina sahaja.

Dianggarkan sebanyak 1.65 juta kenderaan menggunakan lebuhraya Karak-Kuala Lumpur yang menjadi laluan utama dari Pantai Barat ke Pantai Timur sempena cuti Hari Raya Aidiladha ini.


Post a Comment

0 Comments