SEORANG pimpinan tertinggi rejim komunis Khmer Rouge dilapor meninggal dunia pada Ahad ketika dalam tahanan.
Perkara itu disahkan jurucakap bagi tribunal Kemboja, Neth Pheaktra seperti dipetik AFP.
“Kami mengesahkan bahawa Nuon Chea…meninggal dunia pada petang 4 Ogos 2019 di hospital Khmer Soviet Friendship,” kata Neth.
Tribunal itu bagaimanapun tidak memberi maklumat lanjut mengenai punca kematian Noun.
Difahamkan Nuon telah dimasukkan ke hospital sejak awal Jun lalu.
Noun (dua kiri hadapan) bersama pemimpin Khmer Rouge | Pic-APP |
Sebagai rekod, Noun dianggap sebagai
ketua ideologi Khmer Rouge ketika era pemerintahan kejam Pol Pot yang
menyaksikan hampir dua juta penduduk Kemboja mati akibat kerja keras,
kebuluran dan pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1975 hingga 1979.
Beliau dianggap sebagai pemimpin kedua dalam organisasi itu dengan diberi jolokan ‘Abang kedua’.
Noun menganggotai Parti Komunis Thailand
ketika melanjutkan pengajian undang-undang di Universiti Thammasa,
Bangkok pada lewat 50-an.
Beliau diangkat sebagai wakil Sekretaris
Parti Komunis Kampuchea—nama yang digunakan Khmer Merah untuk Kamboja
pada 1960 dan diberi tanggungjawab keatas pusat tahanan dan penyiksaan
Tuol Sleng (S-21) yang terkenal di Phnom Penh selepas itu.
Pada 5 Januari 1979, dua hari sebelum
pasukan tentera Vietnam menyerbu Phnom Penh, Nuon Chea didakwa telah
memerintahkan agar semua tahanan di penjara tersebut dibunuh.
Dalam satu tribunal dikenali sebagai ‘Extraordinary Chambers’ di Mahkamah Kemboja sebelum ini, Noun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup setelah didapati bersalah melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas etnik Vietnam dan etnik Champa
Dalam satu tribunal dikenali sebagai ‘Extraordinary Chambers’ di Mahkamah Kemboja sebelum ini, Noun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup setelah didapati bersalah melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas etnik Vietnam dan etnik Champa