Maut jatuh tingkat 9 hotel


SEORANG kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah hotel dekat Iskandar Puteri,semalam.

Sebelumnya, kanak-kanak warga Bahrain berusia lima tahun itu datang ke Johor untuk bercuti bersama keluarga.

 My Metro melalui laporannya berkata, kanak-kanak tersebut dikatakan cuba menjenguk ke luar tingkap sebelum terjatuh di kawasan taman permainan di aras tiga hotel.

 Mereka sekeluarga baru mendaftar masuk ke hotel berkenaan kurang sejam.

 Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian. “Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dipetik laporan tersebut. 

Difahamkan, terdapat sofa di tepi tingkap bilik hotel berkenaan dan kanak-kanak itu dipercayai memanjat sofa sebelum membuka tingkap dan menjengah ke bawah.

Post a Comment

0 Comments