Malaysia juara Kumpulan B B15 AFF

JARINGAN sendiri pemain lawan pada minit akhir Kejohanan Bawah 15 Tahun Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) 2019 menentang Thailand semalam menyelamatkan Malaysia.

Kesilapan pemain tuan rumah bukan sahaja mengikat Thailand 1-1 pada perlawanan itu dan sekali gus menyaksikan pasukan negara menjuarai Kumpulan B.


Malaysia layak ke Separuh Akhir | Pic- AFF
Dengan rekod tanpa kalah sepanjang lima perlawanan liga kumpulan B, skuad B15 Malaysia akan mara ke peringkat separuh akhir pada Rabu ini di di Stadium Institut Pendidikan Jasmani, Chonburi.

Terdahulu pada aksi khir Kumpulan B, pasukan Thailand terlebih dahulu membuka jaringan hasil larian pantas pemain jersi No. 21 pada minit ke-17.

Kedua-dua pasukan kemudiannya dilihat rancak berbalas serangan, namun tiada sebarang jaringan dihasilkan.

Pada babak kedua, Thailand yang mendahului 1-0 dilihat lebih banyak melakukan pertahanan, walaupun skuad negara menguasai permainan namun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol.


Namun kesilapan pemain Thailand, Sittha Boonlha yang menjaringkan gol sendiri pada penghujung permainan mengikat keputusan kepada 1-1.

Terdahulu bekas pengendali Selangor, P. Maniam melakukan rombakan besar dalam kesebelasan utama dengan menurunkan ‘skuad simpanan’ pada aksi tersebut.

Skuad negara tegasnya telah menunjukkan kesungguhan walaupun Thailand berjaya mengawal babak pertama.

“Selepas saya menukar empat pemain dalam babak kedua, corak permainan kami berubah. Mereka mula mempamerkan sikap dan perwatakan yang baik selain kerja sepasukan.

“Memang itu gol sendiri tetapi telah terhasil akibat banyak peluang yang dicipta pasukan kami pada minit-minit akhir. Misi kami belum habis kerana kami perlu fokuskan separuh akhir pula,” kata bekas pemain negara itu.

Post a Comment

0 Comments