XIAOMI K20, K20 Pro beri nilai terbaik




XIAOMI sudah melancarkan dua telefon pintar baru dibawah jenama Redmi untuk pasaran tempatan.
Kedua-dua telefon pintar itu K20 dan K20 Pr0 merupakan model kelas pertengahan-premium. Ia ditawarkan dengan harga yang begitu kompetetif dan spesifikasi yang sukar untuk dipercayai.

Kedua-dua model tersebut menawarkan kamera swafoto mekanikal 20 megapixel (MP) bersama skrin paparan 6.39 inci Definisi Penuh Dipertingkatkan (FHD+).

Manakala kamera belakang adalah jenis tiga tetapan dengan lensa utama berkeupayaan 48MP, lensa kedua 13MP dengan fungsi sudut ultra lebar dan 8MP untuk lensa telefoto.

Dengan nama tidak sama, sudah pasti anda tertanya-tanya apa beza diantara dua model ini. Kartel akan menghuraikan secara ringkas perkara ini.

Kebiasaanya kemampuan sesebuah telefon pintar adalah pada keupayaan pemprosesannya, dan itulah juga yang membezakan kedua-dua telefon ini.

K20 Pro menggunakan pemproses Snapdragon 855 manakala K20 menggunakan pemproses yang berkeupayaan sedikit rendah iaitu Snapdragon 710. Ia dipadankan dengan dua varian memori iaitu 6GB atau 8GB. 

Sebenarnya, kedua-dua pemprosesan itu sudah cukup untuk penggunaan harian atau digunakan untuk permainan video.

Selain itu, Redmi juga menggunakan sensor berbeza untuk lensa utama untuk model ini. Redmi K20 memiliki sensor Sony IMX582, manakala Redmi K20 Pro memakai sensor Sony IMX586 yang mampu memberikan hasil gamba lebih baik.

Model ini turut didatangkan dengan pilihan jumlah storan iaitu 128GB untuk model asas atau 256GB bagi bagi pengguna yang mahukan jumlah storan tinggi.

K20 dan K20 Pro didatangkan dalam beberapa carian warna mengikut versi, ia antaranya Merah, Hitam atau Biru.

Apa yang lebih menarik untuk model ini ialah ia dilengkapi imbasan biometrik cap jari terbina di bawah skrin yang digunakan untuk kebanyakan telefon pintar kelas premium .

Telefon pintar ini berkeupayaan fungsi pengecas pantas 27 watt manakala untuk varian K20 menggunakan pengecas 18 watt dengan padanan pemproses Snapdragon 730. serta masih dilengkapi jek audio 3.5mm

Pengguna boleh mendapatkan model K20 Pro dibawah harga kira-kira RM1700, manakala bagi model K20 pula sekitar RM1200.

Post a Comment

0 Comments