Misteri Nora Anne: Jumpa mayat wanita


SETELAH lebih sepuluh hari mencari Nora Anne Quoirin, 15, polis hari ini menemui petunjuk baru yang mungkin dapat merungkai kehilangan remaja warga Ireland itu.

Ia susulan penemuan satu mayat wanita kira-kira 2 kilometer dari resort tempat remaja itu hilang berdekatan Gunung Berembun dekat Pantai Hills. 

Ketua Polis Negeri Sembilam, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan penemuan mayat seorang wanita berkulit putih.

“Forensik dan pathologi sekarang berada di kawasan penemuan mayat itu bagi mengesahkan identiti mangsa,” jelaskan dipetik laporan sebuah portal.

Tambah Mohamad, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menerima panggilan dari orang awam yang menjumpai satu mayat 1 petang tadi. sejurus itu pihak polis bergegas ke lokasi berkenaan.

Pada 4 Ogos lalu, Nora Anne dilaporkan hilang dari tempat penginapannya di Resort The Dusun Pantai Hill.

Remaja berusia 15 tahun itu sedang bercuti bersama ibunya, Maebh Jaseprine Quorin, 46, dan bapa, Sebastian Marie Philipe, 47, serta dua adiknya. Mereka dilapor tiba di resort berkenaan pada 7 pagi, 3 Ogos lalu.

Difahamkan, Nora sebelumnya tidur sebilik bersama Innes Julia, 12, dan Maurice Arthure, 8, sebelum adiknya itu mendapati Nora tiada kira-kira pukul 8 pagi.

Post a Comment

0 Comments