Jerebu: Tolong jangan buat pembakaran terbuka




Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak hari ini terus mencatatkan bacaan kurang menyenangkan. 

IPU di bandar Miri merekodkan kualiti udara berbahaya, setakat jam 12 tengah hari tadi. 

Keadaan jerebu di Sarawak | Sumber – Google
Cerapan di stesen pengawasan udara yang terletak di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatatkan bacaan pada indek IPU 344. 

Kualiti udara di Sri Aman pula mencatatkan bacaan IPU antara 101-200 pada tahap tidak sihat, sementara di Sibu pula mencatatkan peningkatan ke tahap sederhana dengan bacaan IPU antara 51-100, dari jam 4 pagi hingga 12 tengah hari tadi. 

Mengikut data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 sederhana; 101-200 tidak sihat; 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya. 

Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan bagi menangani isu pembakaran terbuka dan menghadapi situasi jerebu negara. 

Ketua Pengarahnya, Norlin Jaafar berkata, langkah itu dilaksanakan selepas kualiti udara mencapai tahap bahaya di kawasan Miri dan Kuala Baram sejak dua hari lalu. ‘Orang ramai pula diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka sehingga menjejaskan kualiti udara setempat. 

JAS akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyebabkan pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” tegasnya. 

Sementara itu, keadaan jerebu yang melanda beberapa tempat dalam negara turut didakwa berpunc adari pembakaran hutan secara berleluasa di negara jiran Indonesia. 

Presiden repubik itu, Joko Widodo (Jokowi) sebelum ini menzahirkan rasa malu kepada Malaysia dan Singapura yang terjejas ekoran aktiviti tersebut. 

Beliau dengan tegas sebelum ini mengarahkan semua pihak berkaitan di negara itu agar serius menangani isu tersebut.

Post a Comment

0 Comments