Lelaki Biadap cuba bakar masjid



BIADAP!, itulah sahaja ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan tindakan dua orang lelaki yang cuba membakar masjid di daerah Pendang, Kedah.

Entah apa motifnya, pelaku sanggup membakar karpet di ruang solat Masjid Kampung Rambai dan Masjid Pendang, pada pagi Ahad. Mujur tindakan tersebut disedari kariah yang mahu mengerjakan solat subuh.
Anggota Bomba sedang memeriksa bekas kebakaran | Sumber -Awani
“Anak kariah saya sampai awal sekitar 5.10 pagi, dia berhentikan motosikal dan nampak api menjulang depan pintu masjid.

“Pintu masjid ini memang tidak berkunci untuk mudahkan jemaah atau pelawat datang tunaikan solat,” kata Imam Masjid Kampung Rambai, Ismail Yahya, 69 tahun.

Sementara itu, pihak berkuasa polis dilapor telah memberkas suspek insiden berkenaan yang merupakan seorang lelaki berusia 26 tahun bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, kebakaran di kedua-dua Masjid Pendang dan Kampung Rambai terlebih dahulu dipadamkan oleh ahli kariah masjid sebelum pihak bomba datang membantu.

“Polis menerima laporan daripada jemaah Masjid Pendang yang melihat permaidani di pintu tepi masjid terbakar pada jam 5.15 pagi dan menghubungi bomba.

“Kita dapati terdapat kesan terbakar pada permaidani di pintu hadapan Masjid Kampung Rambai dan kesan bakar pada permaidani di pintu tepi Masjid Pendang,” katanya.

Sebelumnya, seorang saksi menyedari dua lelaki menaiki motosikal memasuki persekitaran masjid namun tidak dapat mengecam individu terbabit kerana melihat dari jarak jauh

Pihak polis juga mengalami sedikit kesukaran mengenal pasti pelaku berikutan kamera litar tertutup (CCTV) di Masjid Pendang tidak berfungsi manakala tiada CCTV di Masjid Kampung Rambai.

Pihak bomba pula memaklumkan terdapat botol berisi petrol dijumpai di hadapan pintu pagar hadapan masjid.
Kejadian ini sudah tentu tidak hanya akan menyusahkan kariah masjid, tetapi dibimbangi boleh mencetuskan perselisihan lain.

Post a Comment

0 Comments