Filem Boboiboy 2 pecah panggung



BOBOIBOY movie 2 (BBBM2) berjaya mencatat kutipan memberangsangkan sepanjang lima hari tayangan. 

Filem animasi terbitan Animonsta Studios itu yang ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei setakat ini telah mengutip hampir RM10 juta. 
 
Boboiboy mempertahankan kuasa elemental

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nizam Abdul Razak, yang juga merupakan penerbit serta pengarah filem animasi itu sendiri melahirkan rasa bangga dan terkejut atas pencapaiaan itu. 

Boboiboy mempertahankan kuasa elemental Jelasnya mereka tidak menjangka BBBM 2 mampu mencatat kutipan setinggi itu dalam tempoh singkat. “Saya rasa begitu teruja dan tidak menyangka BBBM2 boleh mencecah RM9.9 juta dalam tempoh lima hari sahaja.

 “Ini menunjukkan penonton di Malaysia sudah menerima dan menyokong animasi tempatan,”ujarnya. 

Filem animasi ini menggabungkan elemen adiwira, pengembaraan dan komedi. 

Ia pertama kali ditayangkan di layar perak pada 2016 melalui siri BoBoiBoy Galaxy. 

BACA: Gundala- dari komik ke festival filem 

BBBM 2 yang merupakan kesinambungan dari siri tersebut diterbitkan melalui kerjasama Astro Shaw dengan kos RM7 juta setelah ada permintaan tinggi peminat yang mahu siri tersebut disambung. 

“Proses pembikinan filem kedua itu dibuat lebih pantas dan mengambil masa setahun untuk disiapkan. 

Retak’ka mahu menguasai galaksi
“Memang mencabar dan ada tekanan namun produksi merangkumi 100 orang kami berjaya melaksanakannya dalam tempoh itu,” tambah Nizam.

Melalui siri terbahru ini, watak utama, Boboiboy dan rakan-rakannya diserang Retak’ka. 

Rentak’ka merupakan pengguna asal Kuasa Elemental yang dimiliki Boboiboy yang ingin merampas semula kuasa Elemental untuk menjadi makhluk yang paling kuat dan menguasai galaksi. 

BoBoiBoy dan rakan-rakanya perlu mencari cara untuk menghentikan Retak’ka sebelum kuasanya jatuh ke tangan yang salah.

Post a Comment

0 Comments