Masjid di Norway kene serang



SEORANG
lelaki dengan senjata api ditahan di Norway selepas melakukan serangan di sebuah masjid pada Sabtu.

Menurut Polis, lelaki berkenaan melepaskan tembakan di Pusat Islam Al-Noor, di pinggir bandar Oslo dan mencederakan seorang jemaah berusia 75 tahun.

Jurucakap polis Oslo, Rune Skjold berkata, beberapa jam sebelum serangan, mayat seorang wanita yang ada kaitan dengan suspek ditemukan di Baerum yang mana lokasi sama kejadian berkenaan berlaku.
Pihak berkuasa memeriksa kawasan masjid | Sumber – NBC
“Suspek pemuda berusia sekitar 20 tahun dengan latar belakang Norway dan tinggal di kawasan sama,” jelas.

Sementara itu, agensi berita Reuters dalam laporannya berkata, sekumpulan jemaah berjaya mematahkan serangan lelaki tersebut dan memberkasnya sebelum memanggil pihak polis.

Imam masjid tersebut, Irfan Mushtaq mengambarkan suspek seorang pemuda kulit putih berpakaian hitam dan memakai helmet berserta baju kalis peluru.

“Penyerang membawa dua senjata seperti senapang dan pistol.” Dia memecahkan pintu kaca dan menembak tembakan. ” kata Irfan.

Difahamkan, Masjid tersebut sebelum ini telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan tambahan selepas insiden seorang lelaki bersenjata membunuh 51 orang di dua masjid di Christchurch, New Zealand, awal tahun ini.


Post a Comment

0 Comments