KERAJAAN dilapor akan membuat pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada individu yang layak mulai 28 Ogos ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pembayaran kali ini melibatkan kira-kira 3.6 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.23 bilion.
Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing, menggunakan maklumat akaun bank semasa pembayaran fasa kedua BSH sebelum ini.
Menurut kementerian itu lagi, sejumlah RM2.85 bilion telah disalurkan bagi bayaran fasa pertama pada Januari, dan fasa kedua pada Mei kepada isi rumah yang diluluskan, termasuk bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksima empat orang anak.
Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah, dan juga anak orang kurang upaya (OKU) tanpa had umur.
Bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos, dan pembayaran bagi mereka yang diluluskan rayuannya dijangka akan dibuat pada September ini.
Kementerian juga menggesa orang ramai yang mempunyai pertanyaan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.
BSH adalah satu program kerajaan yang bertujuan meningkat kesejahteraan ekonomi rakyat terutama bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

0 Comments