Isu tulisan khat selesai, semua pihak setuju




ISU pengenalan tulisan khat bagi murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK Tamil (SJKT), mulai tahun depan boleh dianggap selesai.

Ia susulan perkembangan terbahru yang menyaksikan 12 pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil bersetuju secara konsensus dengan keputusan kerajaan yang mahu memperkenalkan kemahiran tersebut bermula tahun depan.

Nie Ching ketika menerima memorandum | Pic _BH
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, yang mengadakan pertemuan dengan pertubuhan itu semalam berkata, mereka bersetuju bahawa murid yang mempelajari pengenalan khat itu nanti tidak akan diuji dalam peperiksaan.

Terdahulu, 12 pertubuhan dipimpin Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menyuarakan kebimbangan bahawa usaha itu tidak bertepatan keperluan sebenar pembelajaran Bahasa Melayu.

Kementerian dalam satu kenyataan sebelum ini berkata mereka memberi jaminan bahawa pengenalan subjek itu nanti tidak akan membebankan murid dan guru, manakala pula ia tidak akan diuji dalam peperiksaan atau pentaksiran.

“Penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) membabitkan pengenalan tulisan khat ini sudah dilakukan sejak 2014 lagi.

“Usaha ini juga sudah melalui pelbagai sesi libat urus dengan pakar bahasa dan pendidikan serta kajian rintis di sekolah terpilih. Pengenalan tulisan khat ini tidak akan membebankan guru dan murid kerana ia tidak akan diuji dalam peperiksaan dan tiada pentaksiran,” kata kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock, berkata usaha kerajaan itu tidak wajar dijadikan isu kerana ia bertujuan menerapkan nilai warisan bahasa Melayu dan identiti negara kepada rakyat.

Post a Comment

0 Comments