Penduduk China gempar ‘bandar hantu’ muncul


PENDUDUK di sebuah bandar di China gempar dengan kemunculan ‘bandar hantu’ pada Ahad lalu.Penjelmaan pelik itu berlaku pada waktu tengahari di permukaan Tasik Hongze di wilayah Jiangsu bahagian timur China.

Ia berlangsung kira-kira setengah jam.Imej yang dirakam pengunjung menunjukkan imej bandar dengan bangunan-bangunan purba seperti kota, pokok, rumah penduduk serta kincir angin bersaiz gergasi.

Jurugambar dikenali sebagai Chen Kai berkata, dia melihat imej tersebut selepas hujan.

Rakaman imej bandar hantu
“Saya boleh melihat bangunan purba termasuk menara gerbang oktagon, tembok bandar dan struktur kediaman penduduk,” jelasnya.

Tambahnya, dia masih belum mengetahui tapak asal imej refleksi tersebut.

Sementara itu, Jiangsu News Broadcast melaporkan penduduk tempatan berpusu-pusu ke lokasi terbabit untuk melihat sendiri pemandangan luar biasa tersebut, peristiwa itu juga mencetus sensasi di kalangan pengguna sosial tempatan.

Pengarah Muzium Tasik Hongze, Pei memberitahu, imej ilusi seperti itu pernah muncul di wilayah itu pada 1950-an dan 1960-an.


Difahamkan, ia hanyalah imej maya yang merupakan bayang ilusi yang biasa berlaku apabila kelembapan di udara menjadi lebih panas berbanding suhu air.

Bagaimanapun, imej maya yang baru muncul itu dianggap paling jelas pernah direkodkan.

Sebagai rekod, Tasik Hongze ialah tasik air tawar keempat terbesar di China berkeluasan 2,069 kilometer persegi itu

Post a Comment

0 Comments