K’jaan gesa tangguh lawat wilayah bergolak


RAKYAT Malaysia dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan tidak penting ke kawasan yang terjejas di Jammu dan Kashmir.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, nasihat itu dikeluarkan ekoran ketegangan semasa susulan Konflik India-Pakistan belum menunjukkan tanda akan reda.

Katanya, Malaysia sedang memantau keadaan di wilayah itu kerana negara Malaysia mempunyai hubungan yang rapat dan mesra dengan kedua-dua negara berkenaan.

“Malaysia menggalakkan kedua-dua negara berjiran itu untuk berinterasksi semula dalam dialog dan rundingan bagi mengurangkan ketegangan yang berlaku dan mencari penyelesaian terbaik,” kata kenyataan itu.

Pihak berkuasa India pada Jumaat memberitahu pelancong supaya meninggalkan Kashmir kerana ‘ancaman keganasan’, manakala laporan media menyatakan 25,000 tentera dihantar ke wilayah Himalaya yang bergolak itu.

Sementara itu Wisma Putra memaklumkan Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dan perkhidmatan di negara berkenaan boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, 110021 New Delhi atau hubungi +911124159300 dan +919319150306 (selepas waktu bekerja).

“Alamat e-mel Suruhanjaya Tinggi ialah mwdelhi@kln.gov.my,” kata kenyataan itu lagi.

Post a Comment

0 Comments