Oleh Muammar Gaddafi
WALAUPUN merupakan seorang menteri penuh,
dan juga timbalan presiden sebuah parti politik terkuat dalam Pakatan
Harapan, nasib politik Azmin Ali sebenarnya bagai telur dihujung tanduk,
satu satunya faktor yang boleh memanjangkan riwayat politik bekas
Menteri Besar Selangor itu adalah jika Perdana Menteri, Tun Mahathir
Mohamad memungkiri janji beliau kepada Pakatan Harapan.
Walaupun tiada perjanjian bertulis
berkenaan tempoh masa Tun Mahathir memegang jawatan sebagai perdana
menteri, namun janji terbuka kepada pendokong Pakatan Harapan adalah
beliau akan memegang jawatan Perdana Menteri hanya selama 2 tahun
sebelum diserahkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Janji terbuka ini adalah lanjutan dari
konsesus awal parti parti dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada
PKR, AMANAH, PPBM dan DAP menetapkan sekiranya Pakatan Harapan menang
PRU14 ;
- Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.
- Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.
- Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 menggantikan Tun Mahathir.
- Membebaskan Anwar dengan kadar segera daripada penjara.
- Memohon pengampunan penuh buat Anwar daripada Yang Dipertuan Agong agar beliau boleh kembali aktif dalam politik dan seterusnya mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
Bukanlah perkara yang menghairankan
apabila Azmin Ali tidak tahu mengenai perjanjian ini kerana pada waktu
itu beliau merupakan penentang penubuhan Pakatan Harapan dan menjadi
teman baik PAS.
Kalau kita lihat, selepas keputusan PRU14
diumumkan, Azmin Ali tergesa gesa supaya beliau dilantik kembali
menjadi Menteri Besar Selangor, kerana dia begitu bimbang kesan
penentangan dan kelunakan beliau terhadap keputusan memilih Tun Mahathir
sebagai Perdana Menteri menutup peluang dia di peringkat nasional,
Lojiknya, Mahathir tidak akan mengangkat Azmin Ali yang menjadi
penentang utama beliau dari diangkat sebagai Perdana Menteri dari dalam
kalangan pemimpin Pakatan Harapan,
Namun Azmin Ali boleh dikatakan bernasib
baik kerana kegagalan BERSATU memperoleh kerusi terbesar dalam Pakatan
Harapan mencipta ruang kepada beliau untuk diangkat sebagai menteri
kanan. Disinilah “Kebijakan politik” bermain peranan.
Hal yang demikian kerana Mahathir tahu,
PKR mempunyai angka dan kekuatan yang cukup untuk menabalkan Wan Azizah
sebagai Perdana Menteri, bahkan ada cakap cakap mengatakan Wan Azizah
ditawarkan jawatan terbabit namun beliau menolak kerana mematuhi
konsensus Pakatan Harapan.
Jadi Azmin menjadi buah catur kepada
Mahathir untuk mengekalkan keseimbangan kuasa, ini bermakna, Anwar perlu
berdepan dengan saingan dalaman yang mana akhirnya meletakkan Mahathir
sebagai individu yang paling berkuasa.
Anwar adalah “deep state” kepada kerajaan Mahathir, (Baca: kerajaan Mahathir) bukan kerajaan Pakatan Harapan.
Namun sehingga kini secara terbuka Anwar Ibrahim mengekalkan sokongan beliau kepada Tun Mahathir sebagai perdana menteri dan Tun Mahathir sendiri berulang kali mengakui bahawa beliau akan berundur apabila tiba masanya.
Namun sehingga kini secara terbuka Anwar Ibrahim mengekalkan sokongan beliau kepada Tun Mahathir sebagai perdana menteri dan Tun Mahathir sendiri berulang kali mengakui bahawa beliau akan berundur apabila tiba masanya.
Kerana kedua mereka tahu dan faham ,
kestabilan dan kekuatan Pakatan Harapan adalah pada komitment kedua
dari mereka untuk melaksanakan konsensus Pakatan Harapan, sekiranya,
konsensus ini dikhianati, maka kestabilan itu secara terang terang akan
mengalami kehancuran.
Jadi, suara suara, termasuk dari Azmin
Ali, Zuraidah Kamarudin, pemimpin pemimpin Bersatu negeri yang mahu
membelakangi konsensus adalah pengkhianat yang secara tidak sedar mahu
hancurkan kestabilan Pakatan Harapan.
Mereka gagal melihat peri penting
konsensus sebagaimana Mahathir sendiri melihat konsensus itu, mungkin
Mahathir mahu kekal penuh , namun beliau faham tiada siapa yang untung
sekiranya Pakatan Harapan kacau bilau, jadi beliau ulangi, berkali kali
bahawa beliau akan berundur sebagaimana dijanjikan.
Pandangan dan cadangan mereka ini tiada
kena mengena dengan kekaguman mereka dengan Tun Mahathir, ia semua
berkait rapat dengan survival politik mereka, jika dari Bersatu mereka
melihat itu untuk survival politik parti mereka, masih ia pertimbangan
yang wajar walaupun bermasalah.
Namun, Azmin Ali, Zuraidah, berbeza, mereka tidak melihat kepada kepentingan parti, bukan juga kepentingan rakyat, sebaliknya yang mereka lihat adalah pada survival politik mereka sendiri.
Namun, Azmin Ali, Zuraidah, berbeza, mereka tidak melihat kepada kepentingan parti, bukan juga kepentingan rakyat, sebaliknya yang mereka lihat adalah pada survival politik mereka sendiri.
Sekiranya, Anwar Ibrahim menjadi perdana
menteri, mungkin Azmin terpaksa melalui apa yang pernah beliau katakan
kepada Saari Sungib dulu,ubah sikit Exco kepada Menteri, “Mahu mengemis
jawatan menteri ke?” Keangkuhan dan kesombongan yang dia tahu bakal
memakan diri, kerana itu “kekal tenang” itu sudah kita lihat “Makin
Desprate”.
Azmin Ali berada dalam keadaan cukup terdesak, hanya politik Mahathir yang mampu menyelamatkannya, namun dia perlu juga tahu bahawa dia adalah buah catur, tiada jaminan keselamatan untuk dirinya.
Azmin Ali berada dalam keadaan cukup terdesak, hanya politik Mahathir yang mampu menyelamatkannya, namun dia perlu juga tahu bahawa dia adalah buah catur, tiada jaminan keselamatan untuk dirinya.
Mahathir juga perlu fikir beberapa kali juga untuk
“mengkhianati” orang yang membantunya dan mengangkatnya, adakah beliau
mahu dua kali terpahat dalam sejarah ‘khianati’ orang yang menjulangnya,
apabila Hussein mengantikan Tun Razak, Razaligh Hamzah adalah orang
pilihan beliau sebagai timbalan namun Razaligh mencadangkan sahabat
akrab beliau, Mahathir sebagai TPM kerana usianya yang masih muda ketika
itu (39 tahun), namun sejarah menjadi saksi beliau dibelakangkan atas
nama demokrasi
Ia adalah sejarah yang mana sebagai
negarawan, pastinya tidak mahu dikenang begitu, jadi banyak pertimbangan
perlu Mahathir lakukan sekiranya beliau ingin ingkari janji dan
konsensus Pakatan Harapan.
Azmin tahu dia sangat terdesak dan
tersepit, tidak hairanlah kenyataan membelakangi presiden parti bahkan
parti serta konsensus Pakatan Harapan dikeluarkan, ini sudah menjadi
pertandingan kalah mati, sekiranya beliau berjaya, maka Anwar akan
tersingkir, sebaliknya jika dia gagal, maka tamatnya riwayat politik
Azmin Ali. Menjelang 2020.
.
.
Muammar Gaddafi merupakan seorang rakyat Malaysia
Tulisan ini dipetik dari siaran facebook dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Kartel
0 Comments