Najib belanja lebih RM600j dalam tempoh 3 tahun – Saksi


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membelanjakan RM606.51 dalam tempoh tiga tahun.

Bekas pengurus perhubungan di AmBank Joanna Yu Ging Ping, 48, berkata jumlah itu melibatkan tiga bank akaun milik Najib.

Menurut dokumen bank yang dikemukakan di mahkamah, jumlah tepat yang dikreditkan ke dalam akaun-akaun itu adalah RM606,510,434.66.

Tiga akaun semasa itu adalah akaun Ambank dengan dengan nombor terakhir -898, -906 dan-880.

Joanna sebelumnya ditanya mengenai perkara itu oleh Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaran pada sesi pemeriksaan semula hari ini.

Ketika ditanya sama ada pemegang akaun berkenaan tahu tentang jumlah transaksi membabitkan akaun itu berdasarkan perspektif beliau dan penyata bank, Joanna menjawab “Ya”. 

Mahkamah turut diberitahu Najib menerima sejumlah RM212,367,697.57 wang asing dalam tempoh sama.

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Post a Comment

0 Comments