Gempar jumpa Arapaima besar


PENDUDUK Kota Kinabalu, Sabah gempar dengan penemuan seekor bangkai ikan besar.

Ikan seberat 108 kilogram sepanjang 2.4 meter itu dikenal pasti sebagai spesis Arapaima, jenis ikan Amazon ditemui terapung di tasik Taman Tun Fuad Stephens di Bukit Padang oleh orang awam pada Isnin.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman mengesahkan penemuan ikan tersebut.

Menurut Nordin, pegawai daripada Jabatan Perikanan dan pasukan penyelidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengenal pasti punca kematian ikan itu.

“Ikan itu sudah mati semasa orang awam menjumpainya, dan kita hantar pegawai untuk pemeriksaan,” katanya dipetik laporan The Star

Buat masa ini, ikan tersebut dipercayai mati kerana faktor usia.

Ditanya bagaimana ikan daripada spesies dari Amazon ditemui di kawasan itu, beliau berkata, penternak ikan mungkin meletakkan haiwan tersebut di tasik itu

Tinjauan di laman facebook Christianus Suibol Gunsalam, individ yang memuat naik gambar tersebut mendapati warganet terkejut dengan saiz ikan tersebut.

F Cathrine Lui, turut bertanyakan apakah ikan tersebut boleh dimakan ? “Boleh makan kah tu? Punya besar saiz,”

Sementara seorang individu lain mendakwa terdapat ikan dipercayai spesis sama masih berada di dalam tasik berkenaan.

“Kesian..dulu saya kerja sana, tapi macam ada lagi yang besar,” kata Evelyn Fred. 

Post a Comment

0 Comments