Pelumba basikal maut kemalangan



PELUMBA basikal Belgium, Bjorg Lambrecht meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Tour of Poland, umum pasukannya.
“Tragedi terbesar boleh berlaku pada keluarga, rakan dan rakan sepasukan Bjorg sudah berlaku… Rehatlah dengan tenang Bjorg,” kata pasukan Lotto-Soudal menerusi twitter.

Bjorg meninggal atas meja pembedahan
Laman sesawang berita Poland, Onet melaporkan Lambrecht, 22, melanggar struktur konkrit selepas kira-kira 30 kilometer perlumbaan apabila hujan secara tiba-tiba.
Dia pengsan di tempat kejadian dan dalam keadaan kritikal dihantar ke hospital di bandar selatan Rybnik tetapi meninggal dunia di dewan pembedahan lapor Onet.
“Ia bukanlah laluan menurun bukit yang laju. Ia laluan lurus dan lebar. Dia teragak-agak dan terkeluar dari jalan seterusnya berlaku tragedi,” kata pengarah perlumbaan, Czeslaw Lang dipetik.
“Kecederaan itu sangat serius hingga kami memanggil helikopter dan ambulan. Dia dihantar ke hospital. Jantung kembali berfungi tetapi dia meninggal dunia ketika pembedahan,” kata Lang lagi.

Post a Comment

0 Comments