ADAKAH anda tertanya-tanya, apakah bentuk struktur diatas bangunan menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur?
Sebenarnya struktur tersebut ialah replika buku, dan ia bakal dirobohkan tidak lama lagi.
Penjelasan dari individu bernama Amirul |
Bahagian Komunikasi Korporat DBP dalam satu kenyataan semalam berkata, keputusan merobohkan struktur itu terpaksa dilakukan selepas pakar mendapati bahawa ia tidak berada dalam keadaan selamat.
“Kami ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja perobohan replika buku ini dibuat setelah mendapat nasihat daripada pakar Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Mereka mengesahkan bahawa struktur replika tersebut tidak lagi berada dalam keadaan yang selamat.
“Perobohan replika ini dibuat atas faktor keselamatan. DBP memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan staf DBP, pengunjung dan orang awam,” katanya kenyataan itu.
Kerja-kerja perobohan replika buku tersebut telah dimulakan pada 12 Julai 2019 dan dijangka siap pada 16 November 2019 ini.
Sebelum ini, warganet mempersoalkan mengapa struktur tersebut dirobohkan. Ada sesetengan pihak mendakwa replika buku itu melambangkan imej Islam dan mendakwa ada pihak tidak senang dengan kewujudan replika tersebut.
Bai mendapat gambaran sebenar keadaan struktur itu, dibawah adalah perkongsian individu bernama Amirul yang melakukan pemeriksaan pada kerangka binaan itu baru-baru ini
0 Comments