Lebih 200,000 pengunjung hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI

PROGRAM Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mendapat sambutan hebat.

Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan pada hari pertama sebanyak 85,217 pengunjung direkodkan hadir pada program itu .

Manakala pada Ahad, seramai 117,912 pengunjung direkodkan sekaligus menjadikan jumlah kehadiran pengunjung adalah seramai 203,129 orang.

2TM diadakan sempena sambutan tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI bagi memberi ruang kepada rakyat untuk lebih memahami usaha dan inisiatif dilaksana kerajaan.

Setiap kementerian turut memeriahkan program dengan membuka reruai yang menawarkan perkhidmatan dan mempamerkan hasil pencapaian masing-masing sepanjang dua tahun ini.

Antara yang mendapat perhatian antaranya Jualan Rahmah MADANI oleh Kementerian Perdagangan dalam Negeri (KPDN).

Selain itu kuanter pembayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan potongan sehingga 60 peratus kompaun dan kuanter oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  yang menawarkan pertukaran topi keledar secara percuma turut menjadi tumpuan ramai.

Pengunjung turut dilapor hadir seawal 7.30 pagi meskipun kaunter dibuka 9 pagi.

Sementara itu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dipetik laporan media berkata, kehadiran yang memberangsangkan itu membuktikan rakyat semakin memahami aspirasi Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini adalah satu pencapaian yang baik di mana rakyat sudah mula mendekati dan memahami aspirasi  yang dibawa oleh Perdana Menteri,” katanya

 


Post a Comment

0 Comments