Draf akhir Kod Tatalaku pengendai media sosial diterbitkan minggu depan

DRAF AKHIR Kod Tatalaku yang menggariskan amalan baik untuk penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial dijangka dikeluarkan minggu ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, draf tersebut adalah versi akhir.

Justeru beliau mahu semua penyedia platform media sosial  yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna di negara ini segera berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

"Kegagalan untuk mendaftar akan ada kesan terutama dari segi perundangan yang mana akan dikenakan denda dan tindakan lain," katanya selepas mengadakan kunjungan ke Balai Berita Media Prima Berhad di Jalan Riong, Bangsar pada Khamis.

Sebelum ini kerajaanmemaklumkan pelaksanaan lesen ke atas perkhidmatan media sosial dan pesanan internet akan dikuatkuasa bermula 1 Januari 2025.

Kewajipan untuk semua pengendali perkhidmatan didaftarkan bermatlamat menjadikan ruang internet lebih selamat terutama untuk kanak-kanak dan keluarga.

"Hasrat kita untuk pastikan platform seperti TikTok tidak menjadi tempat berkumpul bagi 'scammer' dan penjenayah yang (dilihat) mula berhijrah ke media sosial.

"Ada yang meraih keuntungan daripada iklan sama ada judi dalam talian dan jenayah lain melalui platform ini. Ini yang sedang berlaku sekarang, namun apabila kita minta (pengendali) ambil tindakan, tidak apa-apa (tindakan) serius diambil.

"Selain itu, melalui pelesenan, kita ingin memastikan mereka patuh undang-undang dalam negara kita," tambahnya.


Post a Comment

0 Comments