Teraju sedia dana RM100 juta bantu perusahaan Bumiputera

KERAJAAN melalui Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) melancarkan dana pembiayaan berjumlah RM100 juta bagi memperkasa ekonomi Bumiputera.

Menteri Ekonomi pada satu sidang media selepas melancarkan program itu di Kuala Lumpur pada Isnin berkata, dana melalui Projek Modal Kerja Islam (i-WCPF) itu menawarkan had pembiayaan sehingga RM1 juta kepada syarikat dalam industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) dalam tempoh pembiayaan sehingga 12 bulan.

Inisiatif itu yang dilaksana melalui rakan kolaborasi bermatlamatkan untuk membantu syarikat sasaran beroperasi secara sendiri dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Ia juga adalah sebahagian daripada mandat diberikan kepada Teraju untuk membina ekosistem pemerkasaan dan pemberdayaan usahawan Bumiputera yang lebih lengkap.

"(Ia dilaksanakan sebagai) dana P2P, peer to peer berlandaskan syariah dan ini membolehkan syarikat Bumiputera mendapatkan pembiayaan jangka pendek untuk modal pusingan mereka.

"Jadi ia bukan sekadar kerajaan bagi wang (peruntukan) tetapi kita perlukan usahawan yang sudah berjaya untuk masuk dan membimbing (usahawan lain) daripada segi latihan, rangkaian dan sebagainya," katanya.

Rafizi pada sidang media itu turut menyatakan harapan agar Teraju dapat memainkan tanggungjawab membantu mengembangkan ekosistem syarikat Bumiputera lain.

"Hasrat saya supaya Teraju menggalas tanggungjawab seperti Dewan Perniagaan Cina membantu syarikat Cina dalam ekosistem (usahawan) bukan Bumiputera. Kita nak Teraju sampai ke peringkat itu (supaya) kita dapat membantu lebih banyak syarikat Bumiputera," tambahnya.

Post a Comment

0 Comments