GISBH: Perkembangan pembelajaran kanak-kanak diselamatkan sangat baik - Fadhlina

KANAK-KANAK diselamatkan dari rumah amal Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan telah diberikan pendidikan formal di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan perkembangan baik.

Menteri Pendidikan Fadhlina Side berkata, lebih 300 anak-anak itu yang memulakan sesi pembelajaran sejak 1 Oktober lalu mengikuti modul-modul khas yang ditetapkan KPM .

"Kita dah mulakan kelas pada 1 Oktober yang lalu. Saya, Ketua Pengarah dan Ketua Setiausaha Kementerian telah pun melakukan lawatan di tempat-tempat anak-anak tersebut ditempatkan.

"Alhamdulillah kita melihat perkembangan pendidikan mereka sangat baik, mereka sedang mengikuti pendidikan dan bersama dengan kaunselor-kaunselor kita melakukan semua proses pembelajaran serta modul-modul yang kita gunakan untuk memastikan mereka dapat mengikuti pendidikan secara langsung dan secara formal melalui modul ataupun pembelajaran oleh KPM,"katanya.

Fadhlina sebelumnya hadir merasmikan Majlis Penutup Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia kali ke-62 di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Khamis.

Persidangan bertemakan ‘Pendidikan Manusiawi Memacu Pendidikan Negara Madani’ itu di dihadiri 674 pengetua seluruh negara.

Awal September lalu, pihak berkuasa polis menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISB kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

KPM dalam kenyataannya minggu lalu berkata, pihaknya menggunakan modul Program Transisi Tahun 1 dan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) kepada anak-anak terbabit.

Inisiatif itu bertujuan untuk mengelakkan keciciran dalam kumpulan kanak-kanak itu selain memastikan mereka bersedia untuk diserap kembali ke sistem pendidikan kebangsaan.

Post a Comment

0 Comments