Nurul Izzah bakal bawa misi pembebasan Palestin pada forum di Doha

 

PENGERUSI Social and Economic Research Initiative (SERI), Nurul Izzah Anwar dijemput menghadiri ‘Hari Antarabangsa Untuk Melindungi Pendidikan Daripada Serangan Kelima’ di Doha bermula hari ini.

Nurul Izzah menerusi catatan di laman sosialnya berkata, beliau akan menggunakan pentas acara itu untuk memberi pandangan bagaimana kreativiti termasuk para pempengaruh seluruh dunia mampu merapatkan jurang untuk advokasi, khusus bagi pembebasan Palestin.

“Insya-Allah, saya akan turut serta selama 3 hari dan memberi pandangan bagaimana kreativiti, termasuk para pempengaruh seluruh dunia, mampu merapatkan jurang untuk advokasi, khusus untuk pembebasan Palestin – seperti usaha kreatif yang dilakukan oleh Khairul Aming dan Sofyank96,” katanya Penasihat Malaysian Humanitarian Aid And Relief (Mahar) itu.

‘Hari Antarabangsa Untuk Melindungi Pendidikan Daripada Serangan Kelima’ forum kendalian di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Program itu dianjurkan dengan kerjasama UNESCO, UNICEF, OHCHR dan Pejabat SRSG untuk Kanak-kanak dan Konflik Bersenjata.

“Ia akan memberi penekanan kepada aspek “The Human Cost of War” dan tumpuan kepada kesan perang yang memusnahkan peluang pendidikan kepada kanak-kanak, termasuk seluruh generasi yang terpaksa dipindahkan akibat konflik yang berpanjangan dan meluas,” katanya.

Post a Comment

0 Comments