PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya untuk tidak membenarkan satu lagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Anwar berkata, meskipun menyedari pembangkang akan memainkan isu itu Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, namun wang pencarum tegasnya mesti dijaga untuk kegunaan masa depan pencarum.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, berbanding keadaan ketika pendemik melanda, rakyat kini sudah bebas untuk keluar bekerja dan meniaga untuk menjana pendapatan.
Justeru atas asas itu beliau tidak akan membuat keputusan populis hanya untuk memenuhi selera sekumpulan kecil pencarum, memandangkan badan berkanun itu berperanan memelihara dana saraan hari tua.
"Saya percaya isu ini (pengeluaran KWSP) akan terus dipermainkan sebagai isu politik termasuk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
"Dalam pengurusan dan kebijaksanaan, kita mesti membuat keputusan benar yang tidak harus diheret bagi mengambil keputusan hanya untuk memenuhi selera beberapa kerat manusia," katanya semasa Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baharu KWSP Kwasa Damansara di Sungai Buloh pada Isnin.
Pemindahan ibu pejabat KWSP adalah sebahagian daripada projek pembangunan perbandaran baharu di Kwasa Damansara yang dilaksanakan anak syarikat KWSP, Kwasa Land Sdn Bhd.
![]() |
Anwar tak layan gesaan benar lagi pengeluaran |
Turut akan dibina diatas kawasan perbandaran baharu seluas 1,060 hektar itu adalah 5,000 unit rumah mampu milik yang dijangka siap pada 2026.
0 Comments