Malaysia kecam serangan bom di Bandung


KERAJAAN
Malaysia mengutuk keras insiden serangan bom ke atas sebuah balai polis di wilayah Jawa Barat, Indonesia semalam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Malaysia berharap pihak yang terlibat mendalangi kejadian berdarah itu akan dibawa segera ke muka pengadilan.

“Malaysia juga merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Indonesia serta keluarga mangsa selain berdoa diberikan kesembuhan kepada yang cedera.

“Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya kenyataan itu

Katanya, mana-mana warga Malaysia memerlukan bantuan konsular atau ada sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan berhubung dengan pihak kedutaan.

Pejabat diplomatik Malaysia boleh dihubungi menerusi talian am +6221 5224947 atau kecemasan selepas waktu pejabat +62813 8081 3036 atau e-mel mwjakarta@kln.gov.my.-

Dalam kejadian di sebuah balai polis di Bandung pada Rabu, seorang lelaki meletupkan diri menyebabkan dua maut dan menyebabkan beberapa yang lain cedera.

Pengebom sebelum itu memasuki Balai Polis Astana Anyar ketika sekumpulan pegawai polis sedang beratur untuk satu  perhimpunan pada jam 8.20 pagi.

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden terbabit
Suspek kemudian bertindak mengacukan senjata tajam ke arah pegawai polis, sebelum bertindak meletupkan diri.

Polis masih menyiasat motif serangan serta sama ada lelaki tersebut mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.
 
Jurucakap Badan Nasional Penanggulangan Terorisme, Ibnu Suhendra dipetik kenyataan kepada Metro TV, kumpulan Jamaah Ansharut Daulah (JAD) bermungkinan dalang di sebalik serangan itu.

Post a Comment

0 Comments